Pakej Umrah Paling Jimat Simply Umrah

Notis Privasi

SIMPLYUMRAH.COM dimiliki dan diuruskan oleh SIMPLY UMH TRAVEL SERVICES SDN BHD. Pemilik laman web ini SIMPLY UMRAH tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, SIMPLY UMRAH  juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan SIMPLY UMRAH  menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.


JENIS DATA YANG KAMI KUMPULKAN :

SIMPLY UMH TRAVEL SERVICES SDN BHD boleh mengumpul data tentang anda apabila anda melawat atau menggunakan laman web kami seperti:

  • Maklumat peribadi anda yang anda berikan kepada kami seperti nama, e-mel, alamat, nombor telefon dan lain-lain.
  • Aktiviti pelayaran dalam talian anda di laman web kami
  • Lokasi alamat ip anda
  • Butiran pembayaran anda (bukti pembayaran) apabila anda membuat atau menghantar maklumat pembayaran kepada kami
  • Maklumat komunikasi dengan pihak kami.


COOKIES LAMAN WEB

Cookie adalah fail data kecil yang diletakkan pada komputer anda atau peranti lain (seperti telefon pintar atau tablet) semasa anda melayari laman web ini.

Tujuan utama yang digunakan cookies ialah:

  • untuk keperluan teknikal yang penting untuk operasi laman web kami yang berkesan, terutamanya berhubung dengan transaksi dalam talian dan navigasi tapak.
  • untuk madini travel untuk memasarkan kepada anda, terutamanya iklan sepanduk web dan kemas kini yang disasarkan.

Anda juga bebas untuk menyahaktifkan cookies melalui pelayar internet anda.


GOOGLE ANALYTICS

Apabila seseorang melawat www.simplyumrah.com., kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, google analytics, untuk mengumpulkan maklumat log internet standard dan butiran corak tingkah laku pelawat.

Kami melakukan ini untuk mengetahui perkara-perkara seperti bilangan pengunjung ke pelbagai bahagian laman web ini. maklumat ini hanya diproses dengan cara yang tidak mengenal pasti sesiapa pun. kami tidak membuat, dan tidak membenarkan google membuat, percubaan untuk mengetahui identiti mereka yang melawat laman web kami.

DENGAN SIAPA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT ANDA

  • Pejabat atau cawangan lain yang memerlukan. semua maklumat yang disediakan akan diproses oleh cawangan utama kami untuk urusan tiket penerbangan, visa dll.
  • Wisma Putra apabila diperlukan.
  • Kedutaan Arab Saudi


BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI?

Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi pejabat kami di

PT 12983, Jalan BBN 1/7e, Putra Nilai, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

atau menelefon khidmat pelanggan kami di hotline kami 1700-81-1114

× Boleh saya bantu?