Pakej Umrah Paling Jimat Simply Umrah

Terma & Syarat

Terma & Syarat Simply UMH Travel Services Sdn Bhd

1.0  PROSEDUR TEMPAHAN

  • Mengisi borang tempahan beserta tandatangan dan menyerahkan kembali ke pejabat atau secara e-mel kepada:

    Pakej umrah atau tour : daftar.simplyumrah@gmail.com

  • Semua dokumen berkaitan perjalanan hendaklah diserahkan kepada pihak Simply Umrah selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh perlepasan.

2.0  TERMA BAYARAN

  • Pakej Tour (Persendirian)

Deposit atau bayaran penuh diperlukan tertakluk kepada terma bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengendali selepas menerima pengesahan tempahan.

  • Pakej Tour (Berkumpulan)

Bayaran deposit RM500.00 seorang diperlukan semasa membuat tempahan.

  • Pakej Umrah

Bayaran deposit RM1,000.00 seorang diperlukan semasa membuat tempahan.

  • Baki atau bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya kami tidak menerima bayaran penuh dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Simply Umh Travel Services Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan dan bayaran deposit tidak akan dikembalikan serta hangus.

  • Bayaran hendaklah dibuat secara tunai / deposit tunai / ‘online transfer’ hanya ke akaun bank berikut:
    • NAMA AKAUN : SIMPLY UMH TRAVEL SERVICES SDN BHD
    • NAMA BANK : MAYBANK
    • NOMBOR AKAUN : 5551 0831 7876

      Atau

    • NAMA AKAUN : SIMPLY UMH TRAVEL SERVICES SDN BHD
    • NAMA BANK : BANK ISLAM
    • NOMBOR AKAUN : 0505 8010 0236 33

  • Sila lampirkan atau e-mel slip bayaran setelah pembayaran dibuat ke finance.simplyumrah@gmail.com

  • Bayaran secara kad kredit / debit diterima dengan cas 1.75% akan dikenakan daripada jumlah bayaran yang dibuat.

3.0  TERMA PERUBAHAN, PEMBATALAN, DAN & “NO SHOW”

  • Simply Umh Travel Services Sdn Bhd mesti dimaklumkan secara bertulis tentang sebarang perubahan dan pembatalan. Notis perubahan dan pembatalan akan dianggap telah diterima selepas pengesahan dari Simply Umh Travel Services Sdn Bhd.

  • Pakej Tour (Persendirian)
    • Sebarang perubahan tidak dibenarkan selepas menerima pengesahan tempahan daripada pihak pengendali. Sekiranya berlaku perubahan, tempahan akan dianggap terbatal dan semua bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan serta hangus.

  • Pakej Tour (Berkumpulan)
    • Sebarang perubahan kali pertama dibenarkan tanpa sebarang cas dan Simply Umh Travel Services Sdn Bhd mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 61 hari dari tarikh pelepasan asal. Simply umrah  juga hendaklah dimaklumkan tentang perubahan baru tersebut dalam tempoh 14 hari selepas notis perubahan dibuat.

  • Pakej Umrah
    • Sebarang perubahan kali pertama dibenarkan tanpa sebarang cas dan Simply Umh Travel Services Sdn Bhd mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 91 hari dari tarikh pelepasan asal. Simply umrah juga hendaklah dimaklumkan tentang perubahan baru tersebut dalam tempoh 07 hari selepas notis perubahan dibuat.

  • Sekiranya berlaku perubahan kali kedua, tempahan akan dianggap terbatal dan deposit tidak akan dikembalikan serta hangus.

  • Sekiranya tempahan yang disahkan dibatalkan sepenuhnya / sebahagiannya oleh peserta, caj pembatalan akan dikenakan seperti berikut:

    Pakej Tour (Berkumpulan)

    61 Hari Sebelum Tarikh Perlepasan

    : Pengembalian Deposit  Dan Tertakluk Kepada Caj Pentadbiran Rm200/Pax

    31 – 60 Hari Sebelum Tarikh Perlepasan

    : Deposit Tidak Dikembalikan Dan Hangus

    30 Hari Sebelum Tarikh Perlepasan

    : Cas 100% Dari Harga Pakej

    Pakej Umrah

    91 Hari Sebelum Tarikh Perlepasan

    : Pengembalian Deposit Dan Tertakluk Kepada Caj Pentadbiran Rm200/Pax

    61 – 90 Hari Sebelum Tarikh Perlepasan

    : Deposit Pertama Tidak Dikembalikan Dan Hangus

    31 – 60 Hari Sebelum Tarikh Perlepasan

    : Semua Deposit Tidak Dikembalikan Dan Hangus

    30 Hari Sebelum Tarikh Perlepasan

    : Cas 100% Dari Harga Pakej

  • Sekiranya peserta “no show”, tiada bayaran balik sepenuhnya atau sebahagiannya akan diberikan untuk perkhidmatan dalam program yang tidak digunakan.
× Boleh saya bantu?